HARI BAHAGIA JANGAN BERUBAH MENJADI HARI PENYESALAN

 

———————————————-

SEBUAH PERINGATAN BUAT  CALON PENGANTIN DAN YANG SUDAH BERUMAH TANGGA

Muqaddimah

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan.
Jarang orang tidak bergembira
pada hari pernikahan mereka.
Masakan tidak, gelaran raja sehari
disandang dan dijulang.
Bagi pasangan yang sudah lama bertunang,
detik persetujuan para saksi
semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan
dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira
telah menyempurnakan sebahagian agama
dan menuruti sunnah nabi.

Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى ,
nikah itu adalah sunnah ku,
jika sesiapa yang menolak sunnah ku,
maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan
menuruti sunnah nabi itu membuka jalan
ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka
yang dalam lagi menakutkan, jika ia
tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan…
maka bergembiralah kedua-dua keluarga,
dan menangislah sang syaitan.

Menangisnya sang Syaitan adalah
kerana tertutupnya peluang kepadanya
untuk memujuk si lelaki dan si perempuan
melakukan zina.

Tapi, adakah anda menyangka syaitan
yang menangis melihat dua orang
yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri?

Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti
banyak lagi perangkap untuk mereka.
Satu persatu perangkap itu mengena,
dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula
dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati
melihat si pasangan yang terlalu gembira
hingga terlupa segala ajaran agama
walaupun kedua-duanya mengaku
sebagai pejuang agama.

Habis ditolak tepi agama yang selama ini
menjadi perjuangan mereka.
Syariat diletak tepi,
adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak
melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi
ke mulut si suami yang hanya layak
menjadi koleksi peribadi mereka berdua
menjadi tontonan semua orang.
Habis ditolak tepi perasaan malu.

Malah dibanggakan pula kenangan itu
dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook,
untuk tatapan seluruh (seantero) dunia.
Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama
tahu dia berkahwin hari itu dan
makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa
melihat si suami dengan ghairah
mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan
ratusan mata yang menyaksikan adegan sulit ini.
Malah bangga pula mengulang adegan ini
apabila diminta photographer upahan
dari kedai yang berdekatan.

Diulang tayang tanpa segan,
walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal
sebagai seorang yg paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka
sambil berguling-guling
dengan adegan romantik si suami dan si isteri
yang bergambar di tepi pantai, atas pokok,
di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah
dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik.

Entah mana silapnya,
suara lantang si suami yang beriya-iya
mahu menegakkan daulah islamiah
dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya,
langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya
puas di raba oleh kamera orang yg bukan mahram.

Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah
oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web
untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya
memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah & tamrin serta kuat berdakwah
untuk bersolek dengan tebal.

Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami
yg dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu.

Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir,
eye shadow, blusher, powder, maskara
& segala macam perhiasan bertenggek di mukanya.

Itu belum dicampur dengan minyak wangi
yang menarik perhatian segala makhluk
yang ada di persekitarannya.

Bila ditanya mengapa berbuat demikian,
jawapan acuh tak acuh diberikan..
mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan
serta suasana majlis perkahwinan
yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.

Gembira bertukar Menyesal
Kadangkala, apabila sudah menjd kebiasaan kita
melakukan sesuatu perkara,
tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu
bahawa kebiasaan kita itu tidak benar,
menyeleweng dan jauh dari panduan agama…
kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal
sebagai juru dakwah yang popular.
Berceramah pula di masjid dan surau.

Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari
sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk
menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu.

Ahh.. mana boleh pendakwah
seperti aku ditegur, malulah aku.
Maka dicapailah pelbagai kitab
mencari dalil menghalalkan perbuatannya.

Bila tidak bertemu,
dicarikan pula pendapat-pendapat
yang ‘gharib/asing’ walaupun
dari sumber-sumber yang tidak diyakini,
asalkan mampu untuk menjadi hujah
pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti.
Renungkan seketika majlis perkahwinan itu.
Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah
ataupun dibenci oleh Allah?

Jawablah dengan hatimu
berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.

Sengaja tidak ditaburkan dalil
dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini
(walaupun dalilnya terlampau banyak)
supaya anda dapat menilai dgn penuh berhati-hati
majlis pernikahan itu dgn hati nuranimu yg suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti,
kegembiraan yang dinikmati bertukar
menjadi satu penyesalan yang tidak terperi.

Tatkala seluruh harta,
sahabat handai dan kaum keluarga
tidak lagi mampu menjadi pendinding
dan hujah bagi dirimu…

Yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu.

Mampukah untuk menepis dosa bertimbun
yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya
di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah
dalam Surah Syuaara ayat ke 88 :
iaitu di hari dimana tidak berguna harta
dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut
dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan
terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah ,
kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun
kita tahu permintaan untuk bersolek tebal,
bersanding di hadapan orang ramai,
adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam?

Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan Tuhan Rabbul Jalil,
silakanlah melakukannya…

Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah
menyampaikan ilmu yang dipelajarinya
untuk kembali kepada Allah.

Tidak lebih dari itu.
Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca,
itu bukannya kerja pendakwah.

Itu kerja Allah.
Jangan pula timbul celaan & kata nista selepas ini
kepada orang yg menyampaikan seruan Islam ini,
hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri.

Apatah lagi mengherdik dan memerli
dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan
seperti , “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang.
Tengok ar nanti bila ko kahwin…
Macamana pula gayanya!”
sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar
si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yg sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yg sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ”
bicara saja, kau pun sama juga
dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira…
kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya,
Aku hanya menyampaikan peringatan
dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa
yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya
maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

(Q 72 : 22)

One thought on “HARI BAHAGIA JANGAN BERUBAH MENJADI HARI PENYESALAN

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s